PERKEMBANGAN TERNAKAN IKAN KELI AIR MATA AIR & TANAMAN JAGUNG



TARIKH       : 26 FEBRUARI 2019
TEMPAT       : LONGKANG TAKUNGAN AIR MATA AIR                         SMK AIR MERAH



Ikan keli Bunga atau nama Inggerisnya walking catfish atau catfish antara ikan yang air tawar yang mudah di kenali. Ikan keli bunga mudah terdapat di kawasan paya, sungai atau tasik di Malaysia. Ikan keli bunga mempunyai corak berbatik-batik di sepanjang badan serta lebih gemuk berbanding keli kayu. Sekarang, ikan keli bunga jarang kelihatan mungkin disebabkan pencemaran atau penerokaan paya. Umpan terbaik memancing keli ialah cacing, kelkatu, cengkerik atau umpan yang berbau busuk. Ikan keli ini sudah mula dijual dengan harga RM 7.00/kilogram. Hasil jualan digunakan untuk perbelanjaan keceriaan pusat sumber sekolah dan aktiviti pustakawan.



Tanaman jagung manis dibawah seliaan ustaz Hamizam merupakan projek yang diilhamkan oleh mantan pengetua SMK Air merah (Puan Roslina).



Jagung atau dalam bahasa Inggerisnya Maize, merupakan bijirin makanan ruji dari Mesoamerica, spesies Zea mays ssp. mays. Jagung merupakan tanaman yang ditanam berasal dari teosinte Zea mays ssp. parviglumis, tumbuhan asal di sungai Balsas Lembah di Mexico selatan, dengan sehingga 12% bahan genetik di dapati dari Zea mays ssp. mexicana melalui introgression. Istilah teosinte digunakan untuk menggambarkan semua spesies dalam genus Zea, kecuali Zea mays ssp. mays. Pendapat yang menyatakan bahawa genus Tripsacum yang berkait dengan asal tumbuhan                                    jagung telah dinafikan dengan analisa genetik moden.

Sumber info dari: https://ms.wikipedia.org/wiki/Jagung_manis

0 comments:

Post a Comment