Monday, August 31, 2020

AKTIVITI PENGGAYAAN NILAM KELAS

Baru-baru ini, GPM telah mengadakan aktiviti penggayaan Nilam. Aktiviti seperti ini amatlah penting agar dapat memupuk amalan dan budaya membaca dapat mengembangkan budaya membaca dalam kalangan murid. Pembangunan tamadun ilmu merupakan salah satu agenda penting ke arah meningkatkan kualiti pendidikan sesebuah negara seperti Malaysia. Ia merupakan satu usaha membangunkan tamadun ilmu dalam mengharungi kehidupan di abad ke-21.


Kepentingan memupuk amalan dan budaya membaca dapat mengembangkan budaya membaca dalam kalangan murid. Pembangunan tamadun ilmu merupakan salah satu agenda penting ke arah meningkatkan kualiti pendidikan sesebuah negara seperti Malaysia. Ia merupakan satu usaha membangunkan tamadun ilmu dalam mengharungi kehidupan di abad ke-21.









Posted on by Pusat Sumber Darul Hikmah SMK Air Merah | No comments

LAWATAN GURU DARI SMK JUNJUNG

Tarikh : 19 Ogos 2020
Tempat: Pusat Sumber Darul Hikmah SMK Air Merah
Masa: 9.00 Pagi
 
Pusat Sumber Air Merah telah menerima lawatan GPM dari Smk Junjung untuk berkongsi ilmu tentang tugas-tugas GPM dan berkaitan Pusat Sumber Sekolah. Kami pihak PSS sekolah berasa terharu dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas lawatan serta pemilihan PSS SMK Air merah sebagai tempat untuk perkongsian  ilmu.


Puan Adianah (GPM) menerangkan tentang pengurusan fail-fail berkaitan kepada  Puan Izzati Akhtar (GPM SMK JUNJUNG)

 




Posted on by Pusat Sumber Darul Hikmah SMK Air Merah | No comments

AKTIVITI PEMASANGAN JALUR GEMILANG

Setiap tahun dalam bulan Ogos GPM akan menjalankan aktiviti memasang jalur gemilang. Selain dapat memeriahkan lagi suasana sambutan hari kemerdekaan Malaysia dalam suasana norma baharu bukanlah penghalang bagi guru dan murid untuk menyambut hari kemerdekaan negara.  

Guru dan pengawas pusat sumber memasang jalur gemilang di setiap tiang laluan pejalan kaki menuju ke bangunan pusat sumber sekolah.







Posted on by Pusat Sumber Darul Hikmah SMK Air Merah | No comments

AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2020

"KENALI JALUR GEMILANG"

Sesi menjawab soalan kuiz menguji minda pelajar tentang sejarah kemerdekaan Malaysia yang bertemakan "Kenali Jalur Gemilang". Aktiviti ini dapat menyemarakkan rasa patriotik dalam diri murid sekolah untuk lebih mengenali secara terperinci tentang latarbelakang Jalur Gemilang itu sendiri. pelajar yang menyertai aktiviti ini terdiri dari 3 kelas iaitu kelas 1 Aman, 1 Adil dan kelas 3 Adil.






Warga PSS SMK Air Merah ingin mengucapkan 

"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE -63"

"MALAYSIA PRIHATIN"

Posted on by Pusat Sumber Darul Hikmah SMK Air Merah | No comments